Selaras dengan kemajuan teknologi Nano,
Bio Aura Hi-Tech Water System yang menggabungkan teknologi Nano dapat
membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air minuman secara
optimum.Rekaan 6 penapis masing-masing menjalankan fungsinya yang
tersendiri untuk membekalkan sumber air yang berkualiti
PENAPIS A: Membersih
Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%.
Dapat menapis dan menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran,
pasir lumpur dan bakteria.
PENAPIS B: Menghilangkan bau
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan
pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain bagi mengelakkan pertumbuhan
bakteria.
PENAPIS C: Stabil & Memperkayakan mineral
Activated carbon block yang memenuhi piawaian NSF dan penukar
ion berlogam KDF dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar
kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan alga. Unsur
resin pula akan melembutkan molekul air dan memberi kesan dengan
menghasilkan bahan-bahan mineral.
PENAPIS D: Selamat
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi
penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur
logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.
PENAPIS E: Bertenaga
Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada molekul
air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan mudah
oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air
untuk membekalkan kandungan oksigen di dalam badan.
PENAPIS F: Beralkali
Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan
kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa
yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air supaya lebih
cenderung kepada beralkali, yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan
metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan sistem
imunisasi dan fungsi detoksifikasi badan.
Apakah teknologi Bio-Aura Hi-Tech Water System?
Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan revolusi teknologi nano dan
6 penapisan berperingkat untuk membersih, mengalkali and memberi
tenaga kepada air minuman secara optimum.
Apakah nilai pH air selepas ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System ?
Air yang sudah ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System akan mempunyai nilai pH air yang cenderung kepada beralkali.
Adakan Bio Aura Hi-Tech Water System menggunakan elektrik?
Tidak. Bio Aura Hi-Tech Water System tidak perlu menggunakan elektrik. Justeru, ia amat menjimatkan tenaga dan kos.
Berapa lamakah warranti bagi Bio Aura Hi-Tech Water System?
1 tahun warranti dari tarikh pembelian.
Perlukan saya menukar kesemua penapis dalam masa yang sama?
Tidak. Anda hanya perlu menukar setiap penapis dalam masa yang berlainan
mengikut jadual penukaran. Penapis A, B, C = 1 tahun, Penapis D, E
= 3 tahun dan Penapis F = 5 tahun.
Di antara kelebihan produk Bio Aura adalah :
* Bahan berkualiti. Bahan-bahan terbaik digunakan dalam pembuatan penapis.
* Rekaan yang mesra-penyelenggaraan: Sistem ‘pusing dan kunci’ memudahkan pengguna dalam menukar dan membersihkan penapis.
* Pemasangan yang mudah: Alat-alat gantian disertakan untuk kesesuaian pelbagai jenis kepala paip di rumah.
* Penutup penapis yang berwarna: Setiap penapis yang diindikasikan dengan warna berbeza memudahkan pengguna.
*Saiz penapis yang lebih besar : Membekalkan kandungan yang lebih tinggi dan menjamin keberkesanan.
*Kegunaan yang luas: Sesuai dipasangkan di rumah, pejabat, kilang, dan kedai-kedai makan.
*Tidak menggunakan elektrik, dapat menjimatkan tenaga dan kos.
*Selamat digunakan. Air Bio Aura boleh diminum tanpa dididih.
Ciri- Ciri Produk :
Menghasilkan komponen bersifat nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan kesihatan badan yang menyeluruh.
Kandungan bio-tenaga yang berganda dan meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh.
Molekul-molekul bersaiz nano menambahkan keberkesanan penyerapan nutrien.
Memperkayakan kandungan mineral air untuk keperluan kesihatan tubuh.
Menghapuskan toksin, bakteria, klorin dan unsur logam demi menjamin keselamatan air yang diminum.
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
Nilai pH air yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Bio Aura membantu menyelaraskan pH tubuh berasid.
Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.
Cara pemasangan Bio Aura amatlah mudah dan cepat..
Pasangkan saluran paip air ke dalam Bio
Aura. Biarkan air mengalir keluar secara perlahan-lahan daripada semua
penapis selama 10 minit sebelum menggunakan air untuk minuman.
call/watsapp/sma shukri_jtx 0162826501
No comments:
Post a Comment